Monday, March 28, 2011

karyaku yg ntah pape

“Pollination merupakan proses……bla…bla…” hanya itu sahaja yang dapat ku dengar ..
Dalam keadaan mamai, suara Umi Hasliza kedengaran sayup dan akhirnya……………………..
DEBUSHHH !! “woi, bangun syalin. Kelas umi dah lama berakhir. Berani kau tidur ‘time’ umi aku mengajar yer!” marah Afina sambil menepuk belakangku.(ala,marah-marah sayang jer). 
“Aik…..! Sejak bila pulak aku tidur. Baru tadi aku dengar pasal pollination. Tak gitu, cik Ain??” jelasku sambil tersengih seperti kerang wangi (pandai-pandai jer aku ubah peribahasa yang cikgu ajar).
Ain hanya tergelak kecil dengan penjelasanku yang masih lagi dalam keadaan mamai.
Kringgggggg..!! Pelajar-pelajar kelas 3krk2 melompat-lompat bagaikan monyet kegirangan kerana masa rehat sudah tiba. Aku dan rakan-rakanku bergegas ke kantin untuk mencari buah hati masing-masing. Siapa?? Shh..rahsia . Para pelajar berbondong-bondong di kantin untuk memuaskan nafsu makan masing-masing.Manakala aku pula………………….
“meoowww~..eow~” ha, inilah buah hati aku .. kucing-kucing kurap (tak ada kurap pun)
“Yang hitam ni untuk Afina, yang senget pulak untuk Ain, yang ada tahi lalat ni untuk Sakinah dan yang comel dan gebu aku punya” ujarku sambil membahagi-bahagikan kucing.
“Amboi, kau pulak ambil yang comel ! Memilih betul minah ni,” bebel Sakinah .
“Ala, aku kan comel.Mestilah kena ambil yang comel jugak,” balasku. Kata-kataku turut diiringi dengan gelak kecil Afina dan Ain. Sakinah sudah mula mencebik.
Aku terus mengusap lembut bulu kucing itu tanpa mempedulikan cebikan Sakinah. Bagi ku, kucing juga makhluk ciptaan Allah. Kita juga sewajarnya menghormati dan menyayangi mereka seperti mana Abu Hurairah menyayangi kucing. 
Seperti biasa, keadaan kelas akan menjadi hingar-bingar apabila ketiadaan cikgu di dalam kelas. Sedang asyik aku menjawab soalan matematik, tiba-tiba Azim dan kawan-kawannya lalu di hadapan kelas ku. Dia sempat menguntumkan senyumannya yang paling manis. (terlebih gula agaknya) Walaubagaimanapun, perasaan ini harusku pendam kerana pelajaran menjadi keutamaanku pada masa ini. Harapan ibu bapaku untuk melihat aku berjaya, tidak akan aku kecewakan. Akan ku hadiahi ibu bapa ku dengan keputusan yang cemerlang. Selepas tamat masa pembelajaran di sekolah, aku segera mengemas kelengkapan buku-buku dan bergegas menuruni tangga bersama-sama rakanku untuk pulang. Ketika sedang mengatur langkah di koridor, aku terdengar seperti suara kucing mengiau. “meowww~eow~~…..”. Aku dan rakanku saling berpandangan. Kami terus mencari dari arah manakah datangnya suara kucing itu. 
“Lyn, Afina, Ain, sini kejap. Tengok ni ada anak kucing yang tercedera la,” panggil Sakinah. Aku dan rakanku yang lain terus melulu ke arah Sakinah. 
“Ya Allah, kasihannya kucing ni. Kecederaan di kakinya seperti bekas dipijak”, jelasku. Kolam mataku sudah mula bertakung. Sungguh kejam perbuatan manusia pada zaman kini sehinggakan kucing yang tidak bersalah turut dipijak dan dicederakan. Manusia seperti ini tidak layak untuk berada di atas muka bumi ini. Aku mengeluarkan sapu tangan untuk membersihkan luka di kaki kucing itu sambil dibantu oleh Sakinah , manakala Afina dan Ain pula mencari sebuah kotak untuk dijadikan tempat perlindungan kucing tersebut. Setelah selesai, kami meletakkan bekas makanan dan susu bagi mengelakkan daripada kucing itu kelaparan. Kami asyik melihat kucing itu menjilat susu yang telah diletakkan di dalam bekas.
“Apa kata kalau beri nama Kim Bum? Okay juga kan…?” cadang Afina.
“Oit, aku tahu lah kau tu obses sangat dengan pelakon korea, tapi jangan lah sampaikan kucing pun kau nak bagi nama korea..afina..afina..,”bantah aku sambil menggelengkan kepala.
“Aku memang bantah cadangan Afina. Apa kata kita bagi nama ‘Bun’ sempena makanan kegemaran aku,”cadang Sakinah sambil tersengih.
“Yang ni sorang, tahu makan jer. Senang-senang kita letak nama Bigbaby,” Ain pula mencadangkan. 
“Bigbaby pun, Bigbaby lah..” tutur kami serentak sambil melepaskan tawa masing-masing.
“Aku rasa tak sampai hatilah nak tinggalkan Bigbaby ni sendirian kat sini. Tempat ni tidak selamat. Kita mesti cari tuan untuk jaga Bigbaby,” ujar Afina. Kata-kata Afina ada benarnya juga. Budak-budak nakal pasti akan membuli kucing yang lemah ini. Ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Setelah lima belas minit kami berdiam diri mencari penyelesaian, akhirnya aku bersuara. 
“Aku cadangkan kalau kita pelihara Bigbaby secara bergilir-gilir sampailah kita dapat menemukan tuan yang sesuai untuk menjaga kucing ni,” cadangku. Mujurlah rakan-rakanku bersetuju dengan cadanganku itu. Pada hari itu, Sakinah membawa Bigbaby pulang ke rumahnya. 
Pada keesokan harinya giliran aku pula untuk membawa pulang Bigbaby dan begitulah seterusnya. Seperti biasa, aku dan rakan-rakanku akan mengulangkaji di perpustakaan pada waktu rehat. Tiba-tiba Azim datang menghampiri meja yang diduduki oleh kami. “Ishh apa kes pula mamat ni datang, malunya..okay ke tak tudung aku ni..” desis hatiku.
“Hai, semua..Lyn sihat?,” sapa Azim sambil menghadiahkan senyumannya yang terlebih gula itu kepadaku. 
“Hmm…,” balasku ringkas sambil tertunduk malu. 
“Ha, kau ni apahal? Kalau nak mengurat, tolong cari tempat lain, boleh?” bebel Sakinah.
“Apa yang kau merepek ni. Mana ada. Aku datang sebab nak pastikan betul ke korang sedang cari tuan untuk kucing tu?,” tanya Azim sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan kami.
“Ya, betul. Kenapa? Kau nak tolong jagakan Bigbaby ke?” Tanya Ain dengan penuh mengharap agar Azim dapat menjaga kucing itu.
“Apa? Big….Big..baby??” ulang Azim kebingungan dan seterusnya meletuskan tawanya serta-merta.
“Woi, ni perpustakaan. Perlahan sikit suara tu,” tegur Sakinah sambil meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.(maklumlah Pustakawan)
“Oh..maaf maaf.. macam lah dah takde nama lain. Tidak mengapalah Bigbaby pun Bigbaby lah. Kalau boleh aku nak jaga Bigba..by,” ujar Azim sambil menahan tawanya.
“Kira jadilah ni awak nak jaga Bigbaby?’ tiba-tiba aku bersuara. Sakinah, Afina, Ain dan Azim memandangku.
“Erk..ya. Bolehkan?” Tanya Azim. Aku hanya menjongketkan bahu dan Ain pula bersuara..
“Mestilah boleh. Dah lama kami tercari-cari orang yang macam kau ni,”
Akhirnya kami semua tersenyum puas kerana ada makhluk Allah yang sudi membela Bigbaby itu. 
Keesokan harinya, aku dan rakan-rakanku menyerahkan Bigbaby kepada Azim.
“Saya harap awak boleh jaga Bigbaby dengan sebaik mungkin dan ikhlas. Awak jangan sesekali menyisihkan dia. Dia juga memerlukan kasih sayang seperti kita,” ujar aku sambil menguntumkan senyuman.
“Kalau aku dapat tahu kau tak bagi makan pada Bigbaby, nahaslah kau,” ugut Sakinah sambil menunjukkan penumbuknya kepada Azim sehingga meletuskan tawa kami semua.
Mulai hari itu Bigbaby dilayan dan dijaga dengan baik dan terurus. Aku dan rakanku amat berterima kasih kepada Azim atas kesudiannya menjaga Bigbaby. Kami bertambah seorang lagi rakan karib iaitu Azimuddin. Semua aktiviti kami lakukan bersama seperti mengulang-kaji, bersukan, dan belajar. Kami berharap dengan bekal yang ada, kami semua dapat memperoleh semua A dalam peperiksaan PMR2011. Kami juga sering bermain dengan Bigbaby setiap minggu. Terima kasih Bigbaby kerana menambahkan lagi bilangan rakan karibku.





ohh bigbaby ! mmuahh !!!


p/s : ini adlah utk hiburan semata2 .. xde kna mngena ngn yg idup @ suda mati,, haha

No comments:

Post a Comment